TAMPARAN HEBAT BUAT PENGANJUR KHUSUSNYA ORANG NASRANI..TAMPA BERBIKINI ISLAM PUN MAMPU BERSUKAN LEBIH LASAK DARI ITU..!!! JOM SEBAR 1X BIAR DUNIA SEMUA TAHU HUKUM PENUTUPAN AURAT
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x449. |
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x449. |
NADA Meawad (kanan) and Doaa Elgobashy (tengah) pada aksi perlawanan di Rio de Janeiro, Brazil. - Foto EPA
RIO DE JANEIRO: Bola tampar pantai adalah sukan yang dimainkan di bawah cahaya matahari terik dan terkenal dengan pakaian yang terdedah - bikini untuk wanita serta seluar pendek bagi lelaki.
Namun aksi membabitkan Mesir dan Jerman mempamerkan perbezaan budaya yang begitu ketara selepas pasukan bola tampar pantai Mesir itu beraksi dengan memakai baju lengan panjang serta seluar panjang ketat.
Pakaian terbabit yang digunakan Nada Meawad serta Doaa Elghobashy yang turut memakai hijab begitu berbeza dengan lawannya, Laura Ludwig serta Kira Walkenhorst yang memakai uniform tradisi acara itu iaitu berbikini.
Walaupun Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) menetapkan satu piawaian berhubung uniform yang harus dipakai, namun undang-undang terbabit dilonggarkan bermula Olimpik London 2012 yang membenarkan pemakaian baju lengan panjang dan seluar panjang.
Jurucakap FIVB, Richard Baker berkata langkah sedemikian diambil bertujuan membolehkan permainan terbabit mudah diterima oleh semua budaya di dunia.
Langkah terbabit nyata berkesan selepas 169 negara bertanding pada pusingan kelayakan Piala Benua untuk ke Olimpik Rio berbanding 143 ketika temasya di London.
Namun pasangan Ludwig dan Walkenhorst meneruskan rentak kemenangan mereka apabila membenam pasangan Mesir itu 2-0 pada perlawanan selama 40 minit itu.
Elghobashy yang ditemui wartawan berkata 'saya sudah memakai hijab selama 10 tahun. Ianya tidak menghalang saya daripada menikmati apa yang saya inginkan iaitu bermain bola tampar pantai.
"Saya bangga mengibarkan bendera Mesir pada kejohanan sebegini." - AGENSI
0 comments:
Post a Comment