Aku Nak Ceraikan Isteri..Jumpa Ustaz Ini,Balik Tu Terus Tak Jadi Cerai Sebab… |Seorang lelaki jumpa saya. Dia nak bercerai dengan isterinya sebab isterinya tak layan dia dengan baik. Isterinya pemarah dan tak pandai layannya. Dia tak boleh tahan perangai isterinya yang malas dan tak kerja rumah.
Abang ada berapa orang anak? 5 orang ustaz..isteri abang bekerja ke? Tak bekerja ustaz. Mak ayah isteri ada lagi ke. Lepas ceraikan isteri abang. Dia nak pergi mana? Mak dia ada lagi. Ayah dah tiada.. Bagaimana tergamak abang nak ceraikan? Entahlah abang saya pun tak faham. 5 kali dia mati untuk abang. Setelah bersama sekian lama ingin bercerai cuma kerana kekurangan pasangan.
Cuba cari kerja dalam dunia siapa sanggup dan berapa bayaran untuk upah seorang wanita hebat melahirkan anak kita? Sakitnya, pampasannya. Berapa upah jaga 5 orang anak? Berapa upah seorang guru setiap malam ajar anak-anak? Berapa bayaran dobi 24jam. Kutip baju sampai lipat dan iron?? Berapa upah tukang bersih rumah 24 jam? Berapa upah tukang sedia urut 24 jam? Berapa upah tukang masak dan buat air kerja 24jam? Berapa upah tukang kejutkan ahli keluarga setiap pagi? Berapa upah mandikan dan siapkan pakaian suami dan anak setiap hari? Berapa upah wanita melayan kita setiap hari? Berapa upah orang khidmat dan layan mak ayah kita? Berapa upah teman kita 24 jam? Berapa upah untuk setia dan jaga rumahtangga? Semua tugas itu isteri kita buat seorang diri penat letih. Tak berhenti buat semua tu. Gabungkan semua itu dan lihat bagaimana kita layan isteri kita.
Bersama-samalah berkasih sayang dan saling membantu buat apapun sama-sama. Berebut beri khidmat. Saling mendoakan dan bawa mereka ke syurga. Bila kita suka kita peluk cium sayang. Bila tak suka kita ceraikan. Suami isteri bertolak ansurlah. Hidup ini untuk sukakan Allah. Cinta Allah. Mereka buat semua itu kerana Allah. Isteri buat semua itu kerana Allah dan mengharapkan syurga dan redha suami.
Saat kita terima nikah seseorang maknanya kita berjanji akan sayangi, bimbing mereka dengan Islam, jaga sampai mati dan bawa masuk syurga. Terima mereka. Terima kekurangan mereka. Saling sibuk memberi dan bercinta. Hargailah pasangan. Bawa mereka belajar iman. Berdakwah di jalan Allah. InsyaAllah sesiapa sahaja meluangkan masa belajar dakwah iman insyaAllah hidup mereka berubah. Bawa belajar ilmu agama. Buat ta’lim dalam rumah. Selepas itu jika rasa tak boleh berilah berpisah.. Abang tadi sebak dan menangis peluk saya kuat-kuat dekat depan ramai orang lain yang ingin berjumpa. InsyaAllah ustaz saya janji untuk mencintai dan menjaga isteri dan anak-anak saya. Saya doakan abang Allah beri bahagia dan cinta sampai syurga-Ebit Lew
0 comments:
Post a Comment