Wednesday, 10 August 2016

PENEMUAN ANEH PUTERI DUYUNG DAPAT DI SELAMATKAN OLEH JEJAKA TAMPAN PENJAGA PANTAI MALIBU AS

PENEMUAN ANEH PUTERI DUYUNG DAPAT DI SELAMATKAN OLEH JEJAKA TAMPAN PENJAGA PANTAI MALIBU AS






GEMPARR !!! KECOH Warga Kalimantan TANGKAP HANTU PEMAKAN BAYI. LIHAT KEWUJUDLAN MAHLUK MISTERI INI


GEMPARR !!! Warga Kalimantan TANGKAP HANTU PEMAKAN BAYI. Lihat Wujudnya Ini




GEMPARR !!! Warga Kalimantan TANGKAP HANTU PEMAKAN BAYI. Lihat Wujudnya Ini. Selamat datang semua di Channel " VIDEO HEBOH serta UNIK DUNIA ". Ketika anda mengunjungi channel ini , maka anda semua akan disuguhi beragam informasi tentang video seru , video unik , dan kumpulan dari fakta unik.Serta ada juga rangkuman dari beberapa kejadian aneh yang aneh tapi nyata , dan video aneh. Banyak juga kumpulan dari informasi tentang keajaiban allah , keajaiban dunia yang sangat aneh bin ajaib. Dan yang paling menarik yaitu akan ada banyak sekali video heboh dan video keajaiban dunia.


Selalu Mendengar Kisah Perit Diduakan. Kini Aku Mengerti Bagaimana Rasanya Hidup BERMADU !!!

Selalu Mendengar Kisah Perit Diduakan. Kini Aku Mengerti Bagaimana Rasanya Hidup BERMADU !!! | Assalamualaikum… Pertama thanks sangat la sudi share this story kat public..since sejak akhir2 ni story madu or poligami jadi modal buat wife2 luar sana tag husband masing2..haha..ni cerita saya 360 darjah berbeza..
madu
Saya kahwin muda umo 22..kira muda la kan..pilihan sendiri..family tak pernah masuk campur hal pilihan hati ni.. tapi pilihan saya masa tu suami orang..macam mana family boleh terima? mungkin sebab husband saya memang jujur dari awal lagi..
husband saya ni dah kahwin dengan kak madu (wife prtama la) dah dekat 10tahun..tapi dieorg tahu memang ada masalah zuriat since 3tahun pertama kahwin lagi..slow2 kak madu lembut hati suruh husband kahwin lain..sampai tahap husband kena pindah kak madu tak nak ikut sebab nak bagi ruang husband cari yang no.2..ada jugak jumpa [email protected]orang tapi tak menjadi..mostly girls tu tak sanggup bermadu..even kak madu yang cakap sendiri dengan girls tu dia izinkan..sampai la satu hari saya kenal husband kat baitulmuslim online..haha..kat situ option poligami saya memang tick ya boleh dipertimbangkan..haa berduyun hantar request..hihi..
tapi mostly lelaki yang ajak saya poligami bila saya tanya kenapa perlu poligami..dia tak mnjawab or tak ada jawapan yg kukuh..tapi husband saya masa tu [email protected] hari kiteorg chat terus dia bagi satu msj yang panjang berjela explain hasrat hati dia untuk berkahwin lagi satu..masa tu la dia cerita masalah zuriat and wife pertama bagi..then die minta no fon untuk kak madu contact ..saya bagi je..esoknya terus kak madu call..lama kami borak..1st impression dia memang sangat bersifat kakak.. then sy jumpa husband selang berapa hari..pertemuan pertama dia explain lagi..dia bagitau planning dia..if dia kahwin lagi satu..kak madu duk mana wife no 2 duk mana..serba sedikit dia memang dah planning..saya pun bagitau planning saya..my future planning if dah kahwin..saya nak future study..itu ini..semua lancar..tanpa disangka pertemuan pertama kiteorg dah discus hal kahwin.. pelik..tp semua smooth je..sungguh nikah kami dipermudahkan..semua dengan izin kak madu..
masa baru2 kahwin kiteorg pjj..sebab saya masih study agak jauh dari husband..setahun jugak pjj..dengan wife pertama pun husband pjj..kesian dia..kak madu tak nak tinggalkan mak dia..sbb dia anak tunggal..so husband izinkan..so poligami kami awal2 dah kata tak ada istilah gilir2 bermalam..ikut time husband punya kerja..benda pertama dia minta wife2 dia redha isu bergilir dia tak dapat adil..kak madu ok..saya lagi ok..
setahun lepas tu baru balik duduk full time dgn husband..boleh dikata memang husband lebih banyak dengan saya..sebab saya yang pindah duduk kat rumah husband..saya dah tak ada komitmen lain..dengan kak madu masih pjj..kami johor..kak madu kedah..so 2minggu sekali husband balik kedah..kalau ada rezki outstation kat sana dapat la husband jumpa kak madu lama sikit..
hidup kami tak ada cemburu..mesti kata tipulah hati perempuan..sungguh..pihak saya tak ada..sebab saya pegang prinsip nih..kalau husband balik sana pun jumpa dengan wife dia..isteri yg halal..buat pa cemburu?? logik tak..daripada husband kita dalam dakapan orang yang tak halal..sanggup?? saya rsa nikmat poligami bila saya ada waktu cuti..time husband balik kedah saya rehat..rehat dari layan suami..boleh manjakan diri pergi spa salon..seronok..time tu suami dah ada orang jaga tak risau dah..itu nikmat..tak semua faham..dan tak semua boleh hadam..tak pa..hihi..
alhamdulillah sekarang dah ada anak..baru setahun lbh..kak madu layan anak saya macam anak dia..kiteorg tak ada gap..bila jumpa setahun sekali raya pun ok dah..jumpa boleh makan satu pinggan..boleh gelak2..cubit2..memang dah anggap dia mcam kakak..oh tahun pertama kahwin je kiteorg dapat raya bertiga sama2..tahun berikutnya dah ada baby so payah sikit travel..so kakmadu yg balik johor tengok kami..kemudian dia balik kedah dengan suami..benda tu take it simple settle dah..
kalau nak banding saya dengan kak madu..sungguh kak madu lg penyabar..saya selalu ngadu kat kak madu..husband macam ni la..mcam ni la..yela sy muda kot..darah muda yang baru nak kenal husband..sikit2 touching..kak madu la jadi orang tengah..kak madu la yang buat saya lebih kenal suami..kami bertiga pasang goals sama2..nk buat umrah haji sama2..saling ingatkn tentang goals isteri solehah..tak smua kami boleh kongsi..tp dengan berkongsi kasih suami banyak benda kami belajar..hari2 belajar didik hati..tu paling penting..
syukur dah dekat 3tahun lebih perkahwinan poligami kami tiada masalah..even ada yg membakar or ada yang menyinggung hati..sebagai suami dia pandai menyabarkan kami..kukuhnya perkahwinan semua guide dari suami..kami berlapang dada dalam semua aspek..benda tu perlu semai..perlu dipupuk..kenapa nak mempertahankan hak yag bukan hak? suami bukan hak kita dia pinjaman je kat dunia ni..ada rezki jd isteri solehah jadilah bidadari dia kat syurga nanti..tapi kalau kat dunia dah tentang suami payah la kn..
mungkin kisah saya jauh beza..ye tak nafikan lebih ramai lelaki yang tak mampu adil malah tak mampu didik isteri yang ada tapi masih nak poligami..kalau pattern tu pun saya tak setuju..
cuma satu..buat para isteri..satu benda yang isteri2 tak boleh hadam realiti sang suami adalah kemahuan..ya kemahuan..word nafsu tu kejam..tp kita fahamkan istilah kemahuan..
macam mana kakmadu kumpul kekuatan untuk izinkn suami dia beristeri lagi..sebab dia sedar kekurangan dia untuk mencukupi kemahuan suami dia..dia sedar..dia tak ego..dia tak pertahankan jadi milik dia macam boneka..dia tak pentingkn diri..malah dia usaha cari solusi untuk mencukupkan kemahuan si suami..benda ni saya tahu dari mulut dia sendiri..mnitis air mata dengar sebak seorang isteri yangg menyalahkan diri bertahun2 kerana kekurangan diri…kakmadu banyak kali ulang awak Anugerah buat akak dan abang..this words cukup untuk padamkan api cemburu bila dijentik syaitan..thanks akak..
maka kalau satu hari saya sendri dah tak mampu mencukupkan kemahuan suami saya juga berbesar hati mencari solusi..
melihat pengorbanan kakmadu..suami bertambah kasih dengan dia..even dia tak dapat sesuatu dari seorang bernama isteri tapi mereka boleh bertahan sebab kasih sayang..sungguh saya kagum..they create true love on my eyes..mcm mna suami boleh kasih dan terus cinta pada kakmadu..selama tu saya rasa selamat dengan dia..coz he will do the same things on our marriage too..insyaAllah.. Madu Awak.. Kredit:- -Hunny-


Bila Aku Tanya. “Anggap La Ayah Aku x Wujud”. Aku TERKEJUT Bila Tau Ayah Dia Sebenarnya Adalah….

Bila Aku Tanya. “Anggap La Ayah Aku x Wujud”. Aku TERKEJUT Bila Tau Ayah Dia Sebenarnya Adalah…. | Hai, aku nak cerita ttg sahabat aku. Sahabat aku ni umur 29 tahun. Graduan dri universiti tempatan. Dia ni bijak tp tak banyak cakap. Dia hanya akn jadi hypertalkatif bila dia dah selesa dgn seseorang tu. Aku kenal dia almost 9 tahun.
Utk pengetahuan korang, 1Dia ni jarang bercerita pasal ayah dia. Aku pun tak sedar sampailah masa kitaorg grad. Ayah dia x de, hanya mama dah abang dia je dtg. Dia ni anak tunggal perempuan. So adik beradik dia semua lelaki. Masa tu aku tanya mana ayah dia, dia pandang aku dan cakap ” anggaplah ayah aku tak wujud”. Masa tu aku terkejut la.. Tp muka dia relax je mcm tak de apa2. Then dia pandang aku dan tanya aku, adakah aku sedar yg selama ni dia tidak pernah bercerita ttg ayah dia. Lps aku fikir, sepanjang 9 tahun kitaorg bersahabat mmg dia tak pernah cerita apa2 tentang ayah dia. Selalunya tentang mama or abang dia sahaja.
Dalam hati aku, cekal gila minah ni.
Lps grad, aku dan dia ni posting di negeri yg sama. So banyak la masa kita org spend together. Dlm banyak2 masa tu, one day aku nampak dia menangis beria sampai bengkak mata, hilang suara dan muka kemerahan. Memang Sejak zaman belajar lagi kalau dia nangis selalunya aku akn dia dan bg dia lepas semua dlu barulah aku tanya. Tp kali ni dia menangis non stop sampai aku cuak. Masa tgk tv pun air mata dia still mengalir. Masa tu dah x de esakan ke apa.. Just air mata dia je non stop mengalir. Aku tanya la kenapa. Any happen..? Sbb dia ni baru je balik dri kg pagi tu. Sampai kl jam 8pagi di airport.
Masa ni dia mula bercerita, ayah dia meninggal jam 5 pagi hari tu. Tapi abang2 kandung (anak ayah dia dgn perempuan lain) tidak beritahu dia. Padahal sehari sebelum tu dia dah balik tengok wlpn sepanjang hidup dia ayah dia tak pernah tanya khabar. Dia siap pesan lagi, anyhappen tolong bgtahu. Sbb dia duduk jauh, nak balik on the spot mmg tak dapat la. Masa dia cerita tu, dia menangis beria sangat. Dia kata sejak kecil, dia try jadi terbaik sbb dia nak ayah dia dtg pd hari kecemerlangan sekolah,tp sepanjang 5 tahun dia jd pelajar terbaik ayah dia tak pernah datang. Mama dan ayah dia bercerai dan ayah kawin lain. Dia masuk universiti pun ayah dia tak pernah tanya khabar. Dan ayah dia sendiri tak tahu nama penuh dia. Dia sedih tp katanya its ok ayah tetap ayah.
Bila ayah dia kena stroke, dia balik wlpn dilayan mcm org asing. Tp pesannya jika ada apa2 tlg bgtahu. Tp malangnya, waktu kematian ayahnya dia langsung tak diberitahu. Dia tahu slps call tanya bagaimana keadaan ayahnya pd kakak ipar. Terus kakak iparnya beritahu bahawa ayahnya telah meninggal jam 5 pagi td. Dia call masa tu jam 8 mlm slps balik kerja. So menangis la kwn sy ni, sbb jam 5 pagi dia masih di rumah mamanya dan flightnya ke kl jam 7 pagi.
Dalam esak tangis dia tu, dia beritahu saya..
Emma, sy tak sedih bila ayah tak azankan masa saya lahir, saya tak sedih bila orang lain berikan nama pada saya,sy ok wlpn ayah tak pernah datang melawat saya, saya tak kisah sy menunggu kehadiran ayah setiap kali hari lahir saya, saya sabar menunggu ayah pada hari anugerah kecemerlangan wlpn sy tahu dia pasti tidak hadir, saya redha bila ayah tak datang pada hari graduasi saya..
Tapi saya sangat kisah apabila hak saya sebagai anak dinafikan, saya kisah apabila hak saya untuk melihat ayah saya buat kali terakhir dinafikan.. Saya kisah apabila saya hak saya untuk menghantar ayah saya pd hari terakhir tidak diberi. Apa salah saya? Emma, selagi hayat saya ada, saya tak akan maafkan mereka yg mengambil hak sy.
Dan malam itu, sy melihat pertama kali dia menangis begitu teruk sehingga dia tertidur dgn esakan kecil dan keesokan harinya dia tetap ke tempat kerja. Bila sy tanya adakah dia ok utk bekerja. Katanya “sy pasti ok, 29 tahun tanpa dia (ayah) apalah sangat kesan kehilangan dia pd saya”..tapi dalam hatinya saya pasti ada satu perasaan yang sukar dijelaskan. Sy pasti kesannya hanya bukan itu sahaja.
Pesan saya pd ayah2 diluar sana, jika ditakdirkan anda bercerai atau berpisah.. Anak anda tetap tanggungjawab anda. Jangan abaikan. Kelak pasti disoal kembali. – Emma via IIUM.


WANITA CANTIK INI Minum Air Kelapa Selama 7 Hari Berturut-Turut Dan Ini Yang Akan Terjadi Kepada Badan Anda

Anda mungkin pernah mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa manfaat yang yang terdapat di dalamnya. Namun pernahkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut-turut?

Kita ketahui bahawa air kelapa muda memiliki khasiat dan ubat yang paling mujarab pada kesihatan tubuh badan. Jika anda sering mengambil minuman berkarbonat, mungkin selepas ini anda patut bertukar kepada air kelapa.

Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari, dan kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.

Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa suatu ketika dahulu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia dapat diselamatkan.

Hari ini air kelapa telah digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai tempat di persekitaran kita. Kadangkala rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak diragukan lagi.

Kesan Kepada Tubuh Selepas Mengamalkan Minum Air Kelapa 7 Hari Berturut-Turut

Berikut apa yang akan terjadi kepada tubuh anda selepas hari 7 meminum air kelapa:

  • Air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.
  • Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing.


Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.

  • Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan.
  • Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.
  • Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.
  • Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.
  • Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.
  • Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.
  • Air kelapa juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain.


Isu Pokemon. Ini Jawapan Dr Maza Yang Buat Ramai Umat Islam TERPANA !!!

Isu Pokemon. Ini Jawapan Dr Maza Yang Buat Ramai Umat Islam TERPANA !!! | Sudah berapa hari wartawan tidak henti-henti cuba hubungi saya kerana mahu bertanya pasal Pokémon. Saya cuba mengelakkan diri dari memberikan komen sebab ramai sangat yang dah bercakap pasal Pokémon ini. Hebat benar nampaknya ‘game’ itu sehingga pelbagai pihak khususnya golongan agama banyak berbicara tentangnya.
1
Disebabkan ramai sangat yang email dan tanya saya pasal hal ini, maka di sini saya ingin menyebut secara ringkas dan harap dapat difahami dengan lebih luas.
Saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja perbuatan yang memperbodohkan ataupun memudaratkan diri sendiri ataupun orang lain maka ia dilarang oleh agama Islam yang mulia dan bermaruah ini. Apa sahaja yang boleh mengundang ke arah kebodohan dan kemudaratan hendaklah dihalang.
Cumanya, dalam negara ini bukan sahaja Pokémon yang membawa kepada kebodohan dan kemerbahayaan, tapi banyak lagi yang lain yang kadang-kala lebih bodoh dan lebih mudarat kepada diri, orangramai, negara dan rakyat. Bahkan sebahagian kemerbahayaan itu bukan sekadar sebahaya Pokémon sahaja tapi boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.
Pokémon yang mungkin membawa kebodohan dan bahaya itu kadang-kala masih boleh dikawal, sementara sebahagian kebodohan dan kemerbahayaan yang lain sukar untuk dikawal.
Saya pelik apabila terlihat seorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya Pokémon untuk diri dan orang lain. Padahal rokoknya itu sejak sekian lama telah memusnahkan diri dan orangramai.
Hal yang sama jika seseorang yang menyalahgunakan harta awam sibuk tentang game Pokémon, padahal negara sedang musnah disebabkan ‘pokémon salahguna dan salah tadbir’ yang dia terlupa untuk fikirkan.
Saya ingin tegaskan; jangan main atau lakukan apa sahaja termasuk permainan Pokemon ini yang boleh memperbodoh dan membahayakan diri dan masyarakat.
Satu lagi yang penting; jangan kita lalai kerana asyik main Pokémon sehingga melupai apa yang ada di sekitar kita. JUGA, jangan kita lalai asyik bincang pasal Pokémon sehingga lupa tentang bahaya-bahaya lain yang lebih besar dan lebih membodohkan kita yang sedang dan telah ada. KREDIT DR MAZA.